Rekod kematian tertinggi

PUTRAJAYA 24 Mei – Sebanyak 6,509 kes baharu positif Covid -19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 518,600 kes dengan kes aktif 60,018 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah itu, 6,489 adalah kes tempatan yang melibatkan 5,931 warganegara dan 558 bukan warganegara manakala 20 lagi adalah kes import yang membabitkan 17 warganegara.

Perangkaan hari ini juga merekodkan kematian tertinggi iaitu 61 kes berbanding rekod sebelum ini 59 orang pada 20 Mei lalu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia 2,309 orang.

Kes kematian hari ini melibatkan 16 kes di Selangor, 11 kes di Johor, masing-masing enam kes di Melaka dan Pulau Pinang, lima kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, empat kes di Kedah, masing-masing tiga  kes di Sarawak, Negeri Sembilan, dan Pahang, dua kes di Terengganu, serta masing-masing satu  kes di Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jumlah kes sembuh pula menunjukkan pertambahan 3,452 kes menjadikan jumlah keseluruhan 456,273 kes.

Sementara itu, 711 kes mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi di mana 369 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment