India lepasi 300,000 kematian

NEW DELHI 24 Mei – India merekodkan lebih 300,000 kematian apabila mencatatkan 4,454 kes baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 meningkat kepada 303,720 orang.

Dengan perkembangan ini, India menjadi negara ketiga di dunia yang melepasi angka 300,000 kematian, di belakang Amerika Syarikat dan Brazil.

Bagi kes jangkitan pula, jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang direkodkan meningkat kepada 26,752,447, selepas 222,315 kes baharu dilaporkan sejak pagi Ahad.

Masih terdapat 2,720,716 kes aktif di negara ini, penurunan 84,683 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kes aktif harian pula menurun sejak beberapa hari kebelakangan ini, selepas menyaksikan lonjakan sejak pertengahan April.

Sejumlah 23,728,011 orang telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat ini.

Sementara itu dalam usaha untuk melandaikan graf Covid-19, kebanyakan negeri telah melaksanakan perintah berkurung waktu malam dan sekatan pergerakan penuh atau separa.

Setakat ini lebih 196 juta dos vaksin (196,051,962) telah diberikan.

Related posts

Leave a Comment