Kemboja catat 556 kes baharu

PHNOM PENH 24 Mei – Kemboja melaporkan 556 lagi kes harian Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini sebanyak 25,761.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan berkata 540 kes membabitkan penularan tempatan sejak gelombang ketiga melanda pada 20 Februari lalu dan sebanyak 16 lagi adalah kes import.

Seramai 658 pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan 18,359 manakala jumlah korban meningkat kepada 179 orang selepas tiga lagi kematian baharu dilaporkan.

Sementara itu, setakat ini, 2.27 juta daripada 10 juta penduduk sudah divaksin. Sebanyak 1,570,167 orang telah mendapat vaksin penuh sejak program vaksinasi bermula 10 Februari lalu.

Semalam, satu juta lagi vaksin Sinovac dari China tiba di Kemboja.

Related posts

Leave a Comment