20 kluster baharu

PUTRAJAYA 24 Mei – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 20 lagi kluster baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 2,045 kluster.

Setakat ini, 1,475 kluster telah tamat manakala 570 kluster aktif.

Kluster baharu melibatkan lapan kluster tempat kerja, enam komuniti, tiga keagamaan, serta masing-masing satu bagi institusi pendidikan KPM, kumpulan berisiko tinggi, dan import.

Berikut huraian ringkas 20 kluster baharu berkenaan:

1. Kluster Jalan Tengkorak

– melibatkan daerah Kuala Selangor (Selangor)

– 611 kes disaring, 8 positif

2. Kluster Jalan Bestari Satu

– melibatkan daerah Klang dan Petaling (Selangor)

– 343 kes disaring, 53 positif

3. Kluster Jalan Dato Sellathevan Empat

– melibatkan daerah Klang (Selangor)

– 247 kes disaring, 86 positif

4. Kluster Wakaf Tembesu

– melibatkan daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu (Terengganu)

– 104 kes disaring, 21 positif

5. Kluster Jalan Todak

– melibatkan daerah Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang)

– 338 kes disaring, 13 positif

6. Kluster Jalan Perindustrian Bukit Minyak

– melibatkan daerah Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang)

– 109 kes disaring, 22 positif

7. Kluster Jalan Usaha Tujuh

– melibatkan daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin (Melaka)

– 156 kes disaring, 38 positif

8. Kluster Industri Pengkalan Balak

– melibatkan daerah Alor Gajah (Melaka)

– 641 kes disaring, 146 positif

9. Kluster Jalan Akik

– melibatkan daerah Kota Tinggi(Johor)

– 110 kes disaring, 18 positif

10. Kluster Deluxe

– melibatkan daerah Penampang dan Semporna (Sabah)

– 15 kes disaring, 12 positif

11. Kluster Padawan

– melibatkan daerah Papar dan Kota Kinabalu (Sabah)

– 154 kes disaring, 10 positif

12. Kluster Kampung Pangkal Payung

– melibatkan daerah Machang, Kota Bharu dan Tanah Merah (Kelantan)

– 17 kes disaring, 9 positif

13. Kluster Taman Teratai

– melibatkan daerah Lipis (Pahang)

– 310 kes disaring, 35 positif

14. Kluster Patau – Patau

– melibatkan Labuan

– 42 kes disaring, 12 positif

15. Kluster Jalan Ehsan Jaya

– melibatkan daerah Johor Bahru (Johor)

– 81 kes disaring, 14 positif

16. Kluster Landai Permai

– melibatkan daerah Cheras(Kuala Lumpur)

– 47 kes disaring, 23 positif

17. Kluster Taman Setia Jaya

– melibatkan daerah Seremban dan Kuala Pilah (Negeri Sembilan)

– 66 kes disaring, 47 positif

18. Kluster Kilometer Enam Jalan Lipis

– melibatkan daerah Raub, Temerloh, Lipis dan Cheras(Pahang dan Kuala Lumpur)

– 207 kes disaring, 19 positif

19. Kluster Jalan Jed

– melibatkan daerah Klang dan Kuala Langat (Selangor)

– 85 kes disaring, 14 positif

20. Kluster Dermaga Sembilan

– melibatkan daerah Johor Bahru(Johor)

– 199 kes disaring, 19 positif

Related posts

Leave a Comment