Kes harian di Saudi, turun

RIYADH 15 Mei – Arab Saudi merekodkan penurunan kes baharu Covid-19 di bawah paras 900 apabila mencatatkan 837 kes hari ini  berbanding 927 semalam dan 1,020 (12 Mei), dan 1,116 (13 Mei). Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 13 kes  pesakit meninggal dunia dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 7,147 kematian manakala jumlah kumulatif kes pula meningkat kepada 432,269. MoH juga merekodkan 1,012 kes sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes sembuh 416,759 manakala kes aktif 8,363 dan 1,331 dalam keadaan kritikal. Sementara itu Riyadh mencatatkan kes jangkitan tertinggi iaitu 290 kes…

Read More

271 kes import dari Asia Selatan

SINGAPURA 15 Mei – Sebanyak 409 kes import Covid-19, di mana 271 dari Asia Selatan direkodkan sepanjang 28 hari lalu (16 April – 13 Mei), demikian menurut Kementerian Kesihatan (MoH). Separuh daripada kes ini melibatkan warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) Singapura. Menurut MoH, pemegang pas kerja, pemegang pas pelajar atau tanggungan membentuk 46.5 peratus daripada kes import ini manakala baki 3.3 peratus pula pengunjung jangka pendek. Mengenai jumlah kes import yang merupakan pengunjung jangka pendek, MoH berkata hanya mereka dengan hubungan kekeluargaan di sini atau yang mengunjungi Singapura atas…

Read More

17 kematian, 3,095 kes di Thailand

BANGKOK 15 Mei – Sebanyak 17 kematian dan 3,095 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 565 orang meninggal dunia dan jumlah kumulatif 99,145 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 3,095 kes harian itu, tiga adalah kes import, 3,092 kes tempatan di mana 877 dikesan di penjara. Manakala lapan daripada 17 kematian dilaporkan di Bangkok, tiga di Samut Prakan, dua di Samut Sakhon, dan masing-masing satu kes di Rayong, Chaiyaphum, Pathum Thani dan Ratchaburi. Sembilan daripada 17 orang itu adalah lelaki dan mereka berumur…

Read More

Filipina kini 1,138,187 kes

MANILA 15 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 6,739 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,138,187 kes. Setakat pukul 4 petang ini, 93 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kematian 19,051 orang atau 1.67 peratus. Sementara itu kes sembuh pula meningkat kepada 1,062,427 atau 93.3 peratus termasuk 8,952 kes yang dilaporkan pulih hari ini manakala kes aktif pula 56,709.

Read More

India lapor 326,098 kes baharu

MUMBAI 15 Mei –  India melaporkan 326,098 kes baharu jangkitan, jumlah paling kecil kenaikan harian kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh hampir tiga minggu, manakala angka kematian kekal di paras 4,000 . Dalam tempoh 24 jam lalu, jumlah keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 24.37 juta kes, dengan 3,890 kematian menjadikan 266,207 kes. Namun kenaikan perlahan itu mungkin juga menunjukkan bahawa kadar ujian di negara itu adalah pada tahap terendah sejak 9 Mei. Pada minggu lalu, negara Asia selatan itu menambah sekitar 1.7 juta kes baru dan lebih 20,000 kematian dalam gelombang…

Read More

44 kematian, tertinggi setakat ini

PUTRAJAYA 15 Mei – Malaysia merekodkan kematian harian tertinggi hari ini, dengan catatan 44 kes membabitkan 43 warganegara dan seorang lagi bukan warganegara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kematian membabitkan Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 1,866 atau 0.40 peratus daripada jumlah kes. Kes kematian pada hari ini melibatkan 26 di Selangor, lima di Kelantan, empat di Sarawak, masing-masing tiga kes di Kedah dan Johor, dua di WP Kuala Lumpur serta satu kes di Negeri Sembilan. Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 4,140…

Read More

Malaysia kecewa sikap membisu PBB

PUTRAJAYA 15 Mei – Malaysia akan terus berusaha untuk menyeru komuniti antarabangsa, terutamanya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk bertindak segera bagi memaksa Israel menghentikan serangan terhadap rakyat Palestin Pada masa yang sama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kesal dengan Majlis Keselamatan badan dunia itu yang masih membisu dalam menangani keganasan rejim Israel terhadap Palestin serta kecewa atas ketidakmampuan masyarakat antarabangsa menangani isu tersebut. Sehingga kini, Majlis Keselamatan PBB belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi terkini di Palestin lantaran bangkangan daripada Amerika Syarikat. “Serangan yang zalim dan sangat keterlaluan ini…

Read More

Tukang masak positif, 5,000 banduan diuji

SINGAPURA 15 Mei – Seorang tukang masak disahkan positif Covid-19, akibatnya kira-kira 5,000 banduan, kakitangan dan rakan kongsi di Penjara Changi akan menjalani ujian pengesanan sepanjang beberapa hari akan datang. Cef itu, seorang kakitangan kontrak, bekerja di bawah SATS Food Services.bertugas di dapur penjara tersebut yang terletak di Institusi A5 di Kelompok A Penjara Changi. Menurut Jabatan Penjara Singapura (SPS) hari ini, lelaki berusia 39 tahun itu, sudah divaksin sepenuhnya yang kali terakhir melaporkan diri di tempat kerja pada Rabu lalu. Beliau berasa kurang sihat selepas kerja, mengalami demam serta selesema…

Read More

Selangor terus tambah kes

PUTRAJAYA 15 Mei – Selangor terus mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila merekodkan 1,507 kes, pertambahan lebih 200 kes berbanding yang direkodkan semalam 1,269 kes. Berbanding dengan negeri-negeri lain, Selangor satu-satunya negeri yang terus mencatatkan empat angka serta menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah keseluruhan kes harian yang pada hari ini merekodkan 4,140 kes. Sepuluh negeri merekodkan kes harian lebih 100 kes di mana Johor merekodkan 433 kes, diikuti Kuala Lumpur 398, Pulau Pinang 338 dan Sarawak 324.

Read More

Singapura juga tetapkan 50 jemaah

SINGAPURA 15 Mei – Sama seperti masjid di Malaysia mengehadkan 50 jemaah, Singapura turut mengambil pendekatan yang sama berikutan langkah membendung wabak Covid-19 melalui Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) mulai esok. Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), mulai 16 Mei ini, semua masjid hanya menyediakan 50 ruang untuk solat lima waktu dan solat Jumaat. Berikutan keputusan itu, semua tempahan bagi Zon 2 solat Jumaat pada 21 Mei ini terbatal dan makluman akan dihantar melalui e-mel kepada jemaah yang telah membuat tempahan itu. MUIS juga mengingatkan jemaah bahawa mulai 17 Mei, penguatkuasaan…

Read More