17 kematian, 3,095 kes di Thailand

BANGKOK 15 Mei – Sebanyak 17 kematian dan 3,095 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 565 orang meninggal dunia dan jumlah kumulatif 99,145 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 3,095 kes harian itu, tiga adalah kes import, 3,092 kes tempatan di mana 877 dikesan di penjara.

Manakala lapan daripada 17 kematian dilaporkan di Bangkok, tiga di Samut Prakan, dua di Samut Sakhon, dan masing-masing satu kes di Rayong, Chaiyaphum, Pathum Thani dan Ratchaburi.

Sembilan daripada 17 orang itu adalah lelaki dan mereka berumur antara 41 hingga 83 tahun, purata 62 tahun. Mereka juga mempunyai penyakit kronik lain.

Bangkok pada Jumaat merekodkan 1,163 kes diikuti Pathum Thani (222), Samut Prakan (201), Nonthaburi (126), Samut Sakhon (37), Surat Thani (34), Chon Buri (33), Nakhon Pathom (30), Ayutthaya (29) dan Nakhon Si Thammarat (24).

Dalam tempoh 24 jam juga, 16 wilayah bebas jangkitan iaitu Lamphun, Maha Sarakham, Surin, Trat, Tak, Kamphaeng Phet, Chumphon, Phayao, Loei, Chai Nat, Mae Hong Son, Mukdahan, Nong Bua Lamphu, Bung Kan, Uthai Thani and Satun.

Sementara itu, tiga kes import melibatkan tiga warga Thai yang pulang dari Kemboja.

Sementara itu, 63,667 atau 64.2 peratus daripada keseluruhan kes pulih termasuk 1,351 yang dibenarkan keluar hospital.

Daripada 34,913 pesakit di hospital, 1,234 dalam keadaan kritikal dan 415 bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment