44 kematian, tertinggi setakat ini

PUTRAJAYA 15 Mei – Malaysia merekodkan kematian harian tertinggi hari ini, dengan catatan 44 kes membabitkan 43 warganegara dan seorang lagi bukan warganegara, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kematian membabitkan Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 1,866 atau 0.40 peratus daripada jumlah kes.

Kes kematian pada hari ini melibatkan 26 di Selangor, lima di Kelantan, empat di Sarawak, masing-masing tiga kes di Kedah dan Johor, dua di WP Kuala Lumpur serta satu kes di Negeri Sembilan.

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 4,140 kes baharu dicatatkan hari ini membabitkan 4,131 warganegara manakala sembilan lagi bukan warganegara.

Sebanyak 3,432 kes sembuh turut direkodkan hari ini, dengan jumlah kes aktif sebanyak 42,135 setakat ini.

Ketika ini, 482 pesakit sedang menerima dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 250 lagi memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment