Tukang masak positif, 5,000 banduan diuji

SINGAPURA 15 Mei – Seorang tukang masak disahkan positif Covid-19, akibatnya kira-kira 5,000 banduan, kakitangan dan rakan kongsi di Penjara Changi akan menjalani ujian pengesanan sepanjang beberapa hari akan datang.

Cef itu, seorang kakitangan kontrak, bekerja di bawah SATS Food Services.bertugas di dapur penjara tersebut yang terletak di Institusi A5 di Kelompok A Penjara Changi.

Menurut Jabatan Penjara Singapura (SPS) hari ini, lelaki berusia 39 tahun itu, sudah divaksin sepenuhnya yang kali terakhir melaporkan diri di tempat kerja pada Rabu lalu.

Beliau berasa kurang sihat selepas kerja, mengalami demam serta selesema dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik biasa di mana beliau menjalani ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) bagi Covid-19 dan hasil ujian beliau positif.

Berikutan penemjan kes ini, semua lawatan bertemu muka dengan banduan dan persidangan video digantikan dengan panggilan telefon berkuat kuasa 17 Mei sehingga makluman selanjutnya.

SPS juga selepas dimaklumkan kes itu menghentikan operasi dapur di Institusi A5 dan memulakan pengesanan kontak dalam kalangan kakitangan serta banduan, semua kontak rapat lelaki tersebut diasingkan atau dikuarantin.

Semua kawasan terjejas juga menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Related posts

Leave a Comment