Filipina kini 1,138,187 kes

MANILA 15 Mei – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 6,739 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,138,187 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, 93 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kematian 19,051 orang atau 1.67 peratus.

Sementara itu kes sembuh pula meningkat kepada 1,062,427 atau 93.3 peratus termasuk 8,952 kes yang dilaporkan pulih hari ini manakala kes aktif pula 56,709.

Related posts

Leave a Comment