India lapor 326,098 kes baharu

MUMBAI 15 Mei –  India melaporkan 326,098 kes baharu jangkitan, jumlah paling kecil kenaikan harian kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh hampir tiga minggu, manakala angka kematian kekal di paras 4,000 .

Dalam tempoh 24 jam lalu, jumlah keseluruhan kes jangkitan meningkat kepada 24.37 juta kes, dengan 3,890 kematian menjadikan 266,207 kes.

Namun kenaikan perlahan itu mungkin juga menunjukkan bahawa kadar ujian di negara itu adalah pada tahap terendah sejak 9 Mei.

Pada minggu lalu, negara Asia selatan itu menambah sekitar 1.7 juta kes baru dan lebih 20,000 kematian dalam gelombang kedua jangkitan yang membebankan hospital-hospital dan kakitangan perubatan.

Polis pula sedang menjalankan rondaan di tebing-tebing sungai Ganges di wilayah paling ramai penduduk di India, iaitu di Uttar Pradesh, untuk menghentikan perbuatan menghanyutkan mayat ke dalam sungai tersebut.

Di Geneva, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus menyatakan India adalah satu keprihatinan besar, dengan tahun kedua pandemik mungkin mencatat lebih banyak kematian berbanding tahun lalu.

Kenyataan semasa satu mesyuarat online itu dibuat selepas Perdana Menteri India Narendra Modi memberi amaran semalam tentang penularan meluas jangkitan itu di serata kawasan luar bandar negara itu.

Related posts

Leave a Comment