Selangor terus tambah kes

PUTRAJAYA 15 Mei – Selangor terus mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 apabila merekodkan 1,507 kes, pertambahan lebih 200 kes berbanding yang direkodkan semalam 1,269 kes.

Berbanding dengan negeri-negeri lain, Selangor satu-satunya negeri yang terus mencatatkan empat angka serta menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah keseluruhan kes harian yang pada hari ini merekodkan 4,140 kes.

Sepuluh negeri merekodkan kes harian lebih 100 kes di mana Johor merekodkan 433 kes, diikuti Kuala Lumpur 398, Pulau Pinang 338 dan Sarawak 324.

Related posts

Leave a Comment