Singapura juga tetapkan 50 jemaah

SINGAPURA 15 Mei – Sama seperti masjid di Malaysia mengehadkan 50 jemaah, Singapura turut mengambil pendekatan yang sama berikutan langkah membendung wabak Covid-19 melalui Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) mulai esok.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), mulai 16 Mei ini, semua masjid hanya menyediakan 50 ruang untuk solat lima waktu dan solat Jumaat.

Berikutan keputusan itu, semua tempahan bagi Zon 2 solat Jumaat pada 21 Mei ini terbatal dan makluman akan dihantar melalui e-mel kepada jemaah yang telah membuat tempahan itu.

MUIS juga mengingatkan jemaah bahawa mulai 17 Mei, penguatkuasaan daftar masuk menggunakan Trace Together Only Safe Entry akan dilaksanakan.

Di samping itu, demi keselamatan bersama dan sebagai tanggungjawab sosial, MUIS menggesa semua pihak untuk terus berwaspada bagi mendepani wabak ini yang menunjukkan peningkatan kes sejak kebelakangan.

(Foto MUIS)

Related posts

Leave a Comment