Kes harian di Saudi, turun

RIYADH 15 Mei – Arab Saudi merekodkan penurunan kes baharu Covid-19 di bawah paras 900 apabila mencatatkan 837 kes hari ini  berbanding 927 semalam dan 1,020 (12 Mei), dan 1,116 (13 Mei).

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak 13 kes  pesakit meninggal dunia dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 7,147 kematian manakala jumlah kumulatif kes pula meningkat kepada 432,269.

MoH juga merekodkan 1,012 kes sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes sembuh 416,759 manakala kes aktif 8,363 dan 1,331 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu Riyadh mencatatkan kes jangkitan tertinggi iaitu 290 kes diikuti Makkah 240 dan daerah timur 97.

Related posts

Leave a Comment