Lagi 30 sekolah ditutup

SHAH ALAM 28 April – Tiga puluh sekolah di Selangor diarah tutup dua hari bermula hari ini berikutan kes Covid-19 yang dikesan di sekolah-sekolah tersebut. Menurut pekeliling Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) sekolah rendah dan  menengah yang dutup adalah  meliputi daerah Hulu Langat  (7), Petaling Utama (3), Gombak (2), Kuala selangor (3), Klang (5), Sepang (3), Petaling Perdana (7), Penutupan itu bagi membolehkan ujian saringan kontak rapat dan penilaian risiko dijalankan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Pekeliling tersebut turut meminta sekolah-sekolah berkenaan melakukan pembersihan serta proses sanitasi semasa tempoh penutupan.…

Read More

AS bantu India hadapi Covid-19

AMERIKA Syarikat akan menghantar siri bantuan ke India termasuk bantuan mekanikal perubatan bagi membantu negara yang dilanda gelombang kedua pandemik itu menghasilkan vaksin Covid-19, kata Presiden Joe Biden. “ Saya bercakap panjang lebar dengan Perdana Menteri Narendra Modi. Kami akan hantar dengan segera sejumlah bantuan yang diperlukan, termasuk remdesivir dan ubat-ubatan lain yang dapat membantu mencegah dan proses pemulihan,” katanya. Bercakap pada sidang media di White House,  Selasa, beliau berkata selain menghantar bahagian mekanikal , perbincangan juga dibuat bagi penghantaran vaksin sebenar ke India. “Masalahnya, sekarang kita harus pastikan kita…

Read More

Hujan lebat di Makkah

HUJAN lebat dan ribut petir mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di kota suci Makkah semalam, Selasa 27 April. Angin kencang juga berlaku semasa hujan lebat itu. Setakat ini tiada laporan mengenai kehilangan nyawa akibat banjir dan ribut petir itu. Sebelum ini pihak berkuasa keselamatan awam Saudi telah mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan situasi tersebut berlaku. Amaran itu dikeluarkan berdasarkan data daripada Pusat Kebangsaan Meteorologi Arab Saudi. Menurut Arab News, pihak berkuasa keselamatan awam telah mengarahkan orang awam supaya berhati-hati dengan keadaan cuaca buruk, mengelakkan ke tempat yang boleh berlaku banjir, dan…

Read More

India dijangka terima Sputnik 1 Mei

INDIA yang sedang menghadapi gelombang jangkitan kedua, dijangka menerima kumpulan pertama vaksin Covid-19 Sputnik V oleh Rusia pada 1 Mei ini. Menurut laporan media tempatan, ketua Dana Pelaburan Langsung Russia (RDIF), Kirill Dmitriev, memaklumkan, dos pertama dijangka diberi pada 1 Mei. Bagaimanapun beliau tidak menyatakan berapa banyak vaksin dalam kumpulan pertama itu atau di mana ia akan dibuat tetapi berharap bekalan Rusia dapat membantu India mengatasi pandemik itu secepat mungkin. RDIF, yang memasarkan Sputnik V di seluruh dunia, telah menandatangani perjanjian dengan lima pengilang terkemuka India untuk menghasilkan lebih 850…

Read More

Pakai pelitup muka jika belum divaksin

WASHINGTON 28 April – Presiden Joe Biden mengumumkan mereka yang sudah mendapat suntikan vaksin Covid-19 tidak lagi perlu memakai pelitup muka ketika menjalankan aktiviti di kawasan terbuka. Bagaimanapun pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di kawasan sesak. Pengumuman Biden pada sidang media di White House itu menyusul pengumuman sama oleh pihak berkuasa kesihatan negara itu. CDC (Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit) dalam pengumumannya berkata bermula hari ini, mereka yang sudah divaksin dan mahu melakukan aktiviti di luar, dan bukan kalangan orang ramai, mereka tidak perlu lagi memakai pelitup muka. “Tetapi sekiranya anda…

Read More

Tutup masjid dua hari

SINGAPURA 28 April – Masjid Petempatan Melayu Sembawang ditutup dua hari mulai semalam, Selasa 27 April bagi kerja pembersihan dan penyahjangkitan berikutan  kunjungan seorang jemaah yang diuji positif Covid-19 pada 23 April lalu. Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) melalui laman Facebooknya semalam menjelaskan Kementerian Kesihatan (MoH) telah memaklumkan tentang individu ini yang mengunjungi masjid tersebut antara pukul 1.55 petang hingga 2.22 petang pada tarikh berkenaan. Berikutan penutupan itu, semua tempahan bagi solat jemaah untuk tempoh itu dibatalkan termasuk tempahan bagi solat Tarawih . MUIS juga  sedang membantu MoH dalam proses…

Read More

Jangkitan harian 1,045 di Saudi

JEDDAH 27 April – Arab Saudi hari ini merekodkan pertambahan kes baharu dengan merekodkan 1,045 kes berbanding semalam 958 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 414,219 kes. Menurut Kementerian Kesihatan sembilan lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 6,913 Di samping itu, jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 397,587 termasuk 983 kes yang dilaporkan penuh dalam tempoh 24 over the past 24 hours, raising the total number of people free from the deadly virus to 397,587. Sementara itu Riyadh merekodkan kes harian  tertinggi dengan 419 kes diikuti Makkah…

Read More

15 kematian di Thailand, 2,179 kes baharu

BANGKOK 27 April – Thailand merekodkan 15 lagi kematian akibat Covid-19 hari ini berbanding lapan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 163 orang meninggal dunia. Pada masa yang sama, jumlah jangkitan meningkat kepada 59,687 kes termasuk 2,179 kes baharu termasuk lima import yang direkodkan hari ini. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA),:15 kematian baharu melibatkan warganegara Thai iaitu sembilan lelaki dan enam wanita berusia 24 hingga 88 tahun. Sembilan kematian direkodkan di Bangkok, dua Di Nakhon Sawan dan masing-masing satu di Chaiyaphum, Phetchaburi, Samut Prakan dan Saraburi provinces. Kebanyakan mereka menghidap penyakit kronik…

Read More