Hujan lebat di Makkah

HUJAN lebat dan ribut petir mengakibatkan banjir di beberapa kawasan di kota suci Makkah semalam, Selasa 27 April.

Angin kencang juga berlaku semasa hujan lebat itu. Setakat ini tiada laporan mengenai kehilangan nyawa akibat banjir dan ribut petir itu.

Sebelum ini pihak berkuasa keselamatan awam Saudi telah mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan situasi tersebut berlaku. Amaran itu dikeluarkan berdasarkan data daripada Pusat Kebangsaan Meteorologi Arab Saudi.

Menurut Arab News, pihak berkuasa keselamatan awam telah mengarahkan orang awam supaya berhati-hati dengan keadaan cuaca buruk, mengelakkan ke tempat yang boleh berlaku banjir, dan mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu.

Amaran cuaca buruk itu juga dikeluarkan di seluruh negara bermula Rabu (hari ini), sehingga Sabtu. Ia juga membabitkan kawasan wilayah timur Riyadh, wilayah sempadan utara, Jawf, Tabuk dan Qassim.

(Foto Haramain Sharifain)

Related posts

Leave a Comment