AS bantu India hadapi Covid-19

AMERIKA Syarikat akan menghantar siri bantuan ke India termasuk bantuan mekanikal perubatan bagi membantu negara yang dilanda gelombang kedua pandemik itu menghasilkan vaksin Covid-19, kata Presiden Joe Biden.

“ Saya bercakap panjang lebar dengan Perdana Menteri Narendra Modi. Kami akan hantar dengan segera sejumlah bantuan yang diperlukan, termasuk remdesivir dan ubat-ubatan lain yang dapat membantu mencegah dan proses pemulihan,” katanya.

Bercakap pada sidang media di White House,  Selasa, beliau berkata selain

menghantar bahagian mekanikal , perbincangan juga dibuat bagi penghantaran

vaksin sebenar ke India.

“Masalahnya, sekarang kita harus pastikan kita ada vaksin lain seperti Novavax dan yang lain-lain. Dengan itu, itu, saya rasa, kita akan boleh berkongsi vaksin dan juga pengetahuan, dengan negara lain yang sangat memerlukan.

“Itulah harapan dan jangkaannya. Dan saya ingin tambah juga, ketika kita dalam kesukaran pada awal penularan, India telah membantu kita,” katanya.

Pada Isnin, White House mengumumkan akan berkongsi 60 juta dos vaksin AstraZeneca dengan negara lain, setelah vaksin tersebut mendapat kelulusan panel keselamatan persekutuan.

Related posts

Leave a Comment