India dijangka terima Sputnik 1 Mei

INDIA yang sedang menghadapi gelombang jangkitan kedua, dijangka menerima kumpulan pertama vaksin Covid-19 Sputnik V oleh Rusia pada 1 Mei ini.

Menurut laporan media tempatan, ketua Dana Pelaburan Langsung Russia (RDIF), Kirill Dmitriev, memaklumkan, dos pertama dijangka diberi pada 1 Mei.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan berapa banyak vaksin dalam kumpulan pertama itu atau di mana ia akan dibuat tetapi berharap bekalan Rusia dapat membantu India mengatasi pandemik itu secepat mungkin.

RDIF, yang memasarkan Sputnik V di seluruh dunia, telah menandatangani perjanjian dengan lima pengilang terkemuka India untuk menghasilkan lebih 850 juta dos vaksin setahun.

RDIF berkata ia menjangka pengeluaran vaksin di India akan mencapai 50 juta dos sebulan menjelang musim panas dan akan meningkat lebih tinggi selepas itu.

India, sedang bergelut dengan peningkatan jangkitan koronavirus yang menyebabkan hospital dipenuhi pesakit.

Negara seperti Britain, Jerman dan Amerika Syarikat telah berikrar akan menghantar bantuan perubatan segera.

Firma farmasi Rusia Pharmasyntez berkata awal kelmarin bahawa ia telah bersedia untuk menghantar hingga satu juta bungkus ubat antivirus remdesivir ke India pada akhir bulan depan, setelah mendapat persetujuan pemerintah Rusia .

India kelmarin mencatat rekod baru kes dan kematian Covid-19, sedang satu kajian Amerika meramalkan bilangan kematian setiap hari di negara itu akan meningkat hingga pertengahan Mei.

Kira-kira 200,000 lagi  dijangka maut akibat Covid-19 di India sepanjang tiga minggu akan datang, sebelum jumlah korban setiap hari mula menurun,

Menurut kajian Institut Ilmu Matra (Metrics) dan Penilaian Kesihatan (IHME) di Universiti Washington di Amerika, kira-kira 200,000 lagi  dijangka maut akibat Covid-19 di India sepanjang tiga minggu akan datang.

Pada puncaknya – sekitar 16 Mei – India mungkin menyaksikan lebih 13,000 kematian Covid-19 sehari, menurut ramalan institut itu.

Itu lebih empat kali ganda daripada 2,812 kematian yang dilaporkan negara itu kelmarin, yang merupakan satu jumlah rekod tertinggi.

Related posts

Leave a Comment