15 kematian di Thailand, 2,179 kes baharu

BANGKOK 27 April – Thailand merekodkan 15 lagi kematian akibat Covid-19 hari ini berbanding lapan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 163 orang meninggal dunia.

Pada masa yang sama, jumlah jangkitan meningkat kepada 59,687 kes termasuk 2,179 kes baharu termasuk lima import yang direkodkan hari ini.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA),:15 kematian baharu melibatkan warganegara Thai iaitu sembilan lelaki dan enam wanita berusia 24 hingga 88 tahun.

Sembilan kematian direkodkan di Bangkok, dua Di Nakhon Sawan dan masing-masing satu di Chaiyaphum, Phetchaburi, Samut Prakan dan Saraburi provinces.

Kebanyakan mereka menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, asma dan kanser.

Bangkok merekodkan 993 kes baharu , Nonthaburi 149, Pathum Thani dan Samut Prakan 93 each, Chon Buri 80, Surat Thani 62, Samut Sakhon 61, Chiang Mai 60, Nakhon Ratchasima 33 dan Ayutthaya 30.

Daripada  77 wilayah, sekurang-kurangnya merekodkan 50 kes, 25 sekurang-kurangnya 10 dan 52 kurang daripada 10.

Lima kes import yang dikuarantin adalah dari Indonesia (2), Switzerland, India dan Emiriyah Arab Bersatu .

Daripada 59,587 jumlah kes, sebanyak 33,551 (56.21%) sembuh termasuk  1,958 yang sembuh dalam tempoh 24 jam dan  25,973 masih di hospital termasuk 628 dalam keadaan kritikal dan 169 memerlukan bantuan pernafasan..

Related posts

Leave a Comment