Lagi 30 sekolah ditutup

SHAH ALAM 28 April – Tiga puluh sekolah di Selangor diarah tutup dua hari bermula hari ini berikutan kes Covid-19 yang dikesan di sekolah-sekolah tersebut.

Menurut pekeliling Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) sekolah rendah dan  menengah yang dutup adalah  meliputi daerah Hulu Langat  (7), Petaling Utama (3), Gombak (2), Kuala selangor (3), Klang (5), Sepang (3), Petaling Perdana (7),

Penutupan itu bagi membolehkan ujian saringan kontak rapat dan penilaian risiko dijalankan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Pekeliling tersebut turut meminta sekolah-sekolah berkenaan melakukan pembersihan serta proses sanitasi semasa tempoh penutupan.

JPNS juga meminta sekolah terlibat untuk berbincang dengan PKD bersama-sama Pegawai Pendidikan Daerah pada hari pertama penutupan untuk menentukan jika tempoh itu perlu dilanjutkan.

Sepanjang tempoh itu, guru dan pelajar dikehendaki melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).

Related posts

Leave a Comment