11 lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 27 April –  Sebanyak 11 kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), masing-masing tiga kluster tempat kerja dan kluster komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi. KLUSTER JALAN PUCHONG Kluster institusi pendidikan KPM melibatkan daerah Sepang, dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361115) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Puchong, Petaling.…

Read More

Belum ada SOP Aidilfitri

KUALA LUMPUR 27 April – Hari ini ramai yang tertunggu-tunggu apakah Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal diumumkan seperti yang tular di media sosial sejak semalam. Justeru, sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob menjadi tumpuan tetapi tidak ada sebarang pengumuman kecuali rentas negeri masih dilarang sehingga 9 Julai.. Ismail Sabri menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengenai  SOP sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti yang tular di media sosial. Tegasnya, SOP yang ditularkan itu adalah palsu. “Fake, tak betul saya tidak pernah umum mengenai SOP Aidilfitri, belum…

Read More

Kes harian masih tinggi di Selangor

PUTRAJAYA 27 April – Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 750 kes (27.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 568 kes (75.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 484 kes (17.7 peratus) dan Sarawak sebanyak 432 kes (15.8 peratus). Selangor: 750 kes 66 kes daripada kluster-kluster, termasuk 37 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Puchong, Kluster Jalan Sejati, dan Kluster Persiaran Setia Murni; 502 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;…

Read More

Peniaga colek juga kena RM50,000

KOTA BHARU 27 April – Bukan setakat peniaga burger tetapi peniaga colek juga menerima nasib yang sama dikompaun RM50,000 selepas didatangi polis pukul 11.20 malam Ahad lalu. Mohd Azizi Mohd Nor, 42, berniaga di hadapan rumahnya di Kampung Chekok Tengah pada sebelah malam pada bulan Ramadan dengan konsep bungkus dan bawa pulang. Menurut Astro Awani, Mohd Azizi mendakwa anggota polis berkenaan mengeluarkan notis kompaun RM50,000 kerana didakwa beroperasi melebihi masa ditetapkan, menyebabkan dia dan isterinya, Nik Norwati Nik Loh, 38, terkejut. Menceritakan lanjut, Mohd Azizi mendakwa, dia dan isterinya sudahpun…

Read More

Sabah sekat individu 5 negara

KOTA KINABALU 27 April –  Sabah bertindak menyekat kemasukan semua individu dari negara India, Perancis, Amerika Syarikat, Afrika dan Brazil yang berkuatkuasa esok, kata Ketua Menteri, Hajiji Noor. Beliau berkata, langkah itu adalah bagi mencegah kemasukan varian baharu (VoC). Katanya, pengecualian masuk ke negeri Sabah adalah diberikan kepada rakyat negeri ini dan pasangan suami isteri serta anak kepada rakyat Sabah sahaja. Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi prosedur kuarantin wajib 14 hari di stesen kuarantin yang diwartakan. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, kru kapal yang mempunyai sejarah perjalanan dari negara India dalam…

Read More

Tun M akui kerajaan lakukan yang terbaik

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad  yakin kerajaan sedang melakukan yang terbaik bagi menangani Covid-19 tetapi banyak perkara lain perlu dilihat oleh pemerintah. “Saya rasa kerajaan sedang melakukan yang terbaik. Tetapi ada perkara lain yang harus dilihat oleh kerajaan. Panel doktor harus dibentuk untuk memberi nasihat kepada Kerajaan,” katanya. Katanya, virus ini tidak akan hilang dengan mudah dan ia boleh melanda dunia dalam jangka masa yang lama. “Negara-negara kaya harus berhenti menghabiskan ratusan bilion untuk cara membunuh orang. Saintis terbaik mereka harus mengkaji dan mengembangkan cara untuk memerangi…

Read More

Kes harian masih lebih 2,700

PUTRAJAYA 27 April – Sebanyak 2,733 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 398,451 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah itu, 2,728 kes adalah kes tempatan yang melibatkan 2,481 warganegara dan 247 bukan warganegara manakala lima kes import melibatkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara. Kes sembuh pula 2,019  dengan jumlah kumulatif 371,575 kes atau 93.5 peratus sementara kes aktif 25,414 kes Sebanyak 13 kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 1,462 kes yang melibatkan 12 warganegara dan seorang bukan warganegara.…

Read More

KKM nilai semula kompaun RM50,000

PUTRAJAYA 27 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuat penilaian semula kes peniaga burger,  Wan Mohd. Faisal Wan Kadir, yang dikompaun RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan, di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba berkata, penilaian itu untuk mempertimbangkan sama ada pengurangan atau pengecualian boleh diberikan jika didapati ada asas yang munasabah. Katanya, peniaga berkenaan diminta supaya mengemukakan permohonan rayuan terhadap kompaun itu secepat mungkin. “KKM amat prihatin dan memandang serius kes yang mendapat perhatian dan simpati ramai ini.  KKM melihat kes ini sebagai…

Read More