Tutup masjid dua hari

SINGAPURA 28 April – Masjid Petempatan Melayu Sembawang ditutup dua hari mulai semalam, Selasa 27 April bagi kerja pembersihan dan penyahjangkitan berikutan  kunjungan seorang jemaah yang diuji positif Covid-19 pada 23 April lalu.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) melalui laman Facebooknya semalam menjelaskan Kementerian Kesihatan (MoH) telah memaklumkan tentang individu ini yang mengunjungi masjid tersebut antara pukul 1.55 petang hingga 2.22 petang pada tarikh berkenaan.

Berikutan penutupan itu, semua tempahan bagi solat jemaah untuk tempoh itu dibatalkan termasuk tempahan bagi solat Tarawih .

MUIS juga  sedang membantu MoH dalam proses jejak kontak dengan semua jemaah yang dikenal pasti merupakan kontak rapat dengan individu berkenaan akan dihubungi bagi langkah susulan yang perlu.

Masjid berkenaan dijadualkan dibuka semula pada waktu Zuhur esok, Khamis .

Related posts

Leave a Comment