7 lokaliti di Pahang kena PKPD

KUALA LUMPUR 28 April – Tujuh lokaliti di Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 29 April hingga 12 Mei depan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu kenyataan, beliau memberitahu, turut dikenakan perintah yang sama adalah masing-masing satu di Kelantan dan Negeri Sembilan.

Di Kelantan membabitkan Maahad Tahfiz Al Azhari (MTAZ) di Machang setelah

kes menular dalam kalangan warga MTAZ dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi berdasarkan trend pertambahan kes baharu .

Manakala PKPD di lokaliti di Negeri Sembilan pula melibatkan Kampung Bangkahulu di Gemas di mana 170 ujian saringan dilakukan dan daripada jumlah itu, 38 kes positif Covid-19 direkodkan.

Pada masa sama, berlaku peningkatan kes dalam tempoh dua minggu manakala kadar positiviti kes tinggi iaitu 22.9 peratus.

Sementera tujuh lokaliti di Pahang pula membabitkan dua penempatan sekitar Sungai Chalit serta lima penempatan sekitar Sungai Klau, di Raub.

Sehingga kini, empat kes direkodkan di Sungai Chalit dan satu kes positif di Sungai Klau manakala terdapat tujuh sampel ujian masih menunggu keputusan.

Related posts

Leave a Comment