UPSR mansuh, PT3 2021 batal

PUTRAJAYA 28 April – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memuktamadkan untuk memansuhkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mulai tahun ini, dan membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021.

Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin berkata tiada peperiksaan ganti bagi UPSR manakala pembatalan PT3 mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.

Katanya, UPSR sebagai satu komponen untuk ke sekolah berasrama penuh (SBP) “Namun begitu apabila kita melaksanakan PKSK bagi membolehkan murid masuk ke SBP, kita lihat hanya 1/4 jumlah keseluruhan murid dalam Tahun Enam (2020) mengambil keputusan untuk menduduki PKSK,” katanya.

Mengenai keputusan membatalkan PT3 bagi tahun ini, ia dibuat dengan mengambil kira kekangan masa bagi para pelajar untuk membuat persiapan khususnya pembelajaran bersemuka bersama guru di sekolah.

“Jika kita lihat keadaan penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuh dan kita memgambil kira keadaan semasa dan mengambil kira bahawa tanpa pelaksanaan PT3, keadah pentaksiran murid boleh terus dilaksanakan,” katanya.

Tahun lalu, KPM mengumumkan UPSR dan PT3 dibatalkan berikutan pandemik Covid-19.

Related posts

Leave a Comment