Kes di Filipina kini 1,020,495

MANILA 28 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 6,895 kes baharu jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,020,495 dengan kes aktif 67,769.

Setakat pukul 4 petang, 10,739 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada  jumlah keseluruhan 935,695 orang pulih atau 91.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Pada masa yang sama, 115 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah terkumpul 17,031 kematian.

Related posts

Leave a Comment