11 kluster baharu, 376 aktif

PUTRAJAYA 28 April – Terdapat 11 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini yang melibatkan empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), masing-masing tiga kluster tempat kerja dan kluster komuniti, dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi.

Jumlah keseluruhan kluster pula adalah 1,614 tetapi 1,247 telah tamat termasuk dua kluster yang tamat  hari ini iaitu Kluster Industri Subang dan Kluster Tapak Bina Tanjung.

Sebanyak 376 kluster aktif di mana 72 menambah kes baharu termasuk yang tertinggi iaitu Kluster Jalan Kempas Muar (66 kes), Kluster Putai (64 kes), dan Kluster Pangkal Chuit (60 kes).

Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN PUCHONG

Kluster institusi pendidikan KPM melibatkan daerah Sepang, dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361115) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Puchong, Petaling. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 235 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERSIARAN SETIA MURNI

Kluster institusi pendidikan KPM melibatkan daerah Petaling, Kuala Selangor, dan Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355928) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Persiaran Setia Murni, Setia Alam, Shah Alam. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 493 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SEJATI

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Gombak dan Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-393107) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah institusi pendidikan yang terletak di Jalan Sejati, Selayang Baru, Batu Caves, Gombak. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana 42 kes dikesan positif.

  • KLUSTER CANGKAT MINDEN

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381171) merupakan kes Influenza-Like Illness (ILI) yang dilaporkan positif Covid-19 pada 21 April 2021. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Cangkat Minden Jalan 15, Gelugor, Timur Laut. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 79 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PADANG TEMBAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Bachok di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 384437) dilaporkan positif Covid-19 pada 22 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Padang Tembak, Kota Bharu. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 37 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KEMPAS MUAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 25 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kempas, Mukim Jalan Bakri, Muar. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 452 individu telah disaring, di mana 67 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TEKNOLOGI AYER KEROH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah di Melaka. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 26 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Air Keroh Fasa IV, Taman Bukit Melaka, Melaka Tengah. Sehingga 27 April, sejumlah 320 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SUNGAI TUAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kanowit di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-374123) dilaporkan positif Covid-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Tuah, Kanowit. Sehingga 27 April 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BANDAR BARU SENTUL

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394103) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana  penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Bandar Baru Sentul, Kepong. Sehingga 27 April, sejumlah 26 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER AKAR PELURU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Setar, Pendang, dan Yan di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-378976) dilaporkan positif Covid-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Lorong Masjid Akar Peluru, Jalan Pegawai, Alor Setar. Sehingga 27 April, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BUKIT EMAS

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-395170) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan penghuni-penghuni sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Bukit Emas 9, Taman Bukit Emas, Seremban. Sehingga 27 April, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment