Selangor lepasi 1,000 kes

PUTRAJAYA 28 April – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,019 kes (32.4 peratus) berbanding 750 semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 819 kes (80.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 523 kes (16.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 440 kes (14.0 peratus).

  • Selangor: 1,019 kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk 40 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gombak Dua, Kluster Jalan Sekinchan, dan Kluster Leboh Gambus;
    • 759 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 196 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 523 kes 
    • 142 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 304 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 77 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 440 kes  
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Rimbunan;
    • 255 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Tujuh kes import dari luar negara; dan
    • 160 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 416 kes
    • 76 kes daripada kluster-kluster, termasuk 22 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Melugu dan Kluster Ulu Strass;
    • 267 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 72 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 194 kes  
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bakariah dan Kluster Taman Wira;
    • 130 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kedah: 120 kes
    • 76 kes daripada kluster-kluster, termasuk 52 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Layar Hujung dan Kluster Pintu Air Relau;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment