Istana Terbuka Hari Raya

SINGAPURA 28 April – Selepas ditutup disebabkan pandemik Covid-19, Istana akan membuka semula pekarangannya kepada orang awam pada 13 Mei, bagi meraikan Hari Buruh dan Hari Raya Puasa,

Menurut kenyataan Pejabat Presiden, orang ramai boleh mengunjungi kebun-kebun dan ruang-ruang terbuka di pekarangan Istana, termasuk sebuah kebun inklusif baru yang dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob pada Februari.

“Dengan pelonggaran lanjut langkah-langkah masyarakat dalam Fasa 3 pembukaan semula, Istana akan membuka semula pekarangannya untuk rumah terbuka Istana secara bertahap-tahap dengan langkah-langkah pengurusan selamat dilaksanakan,” tambah

Bagaimanapun, tidak seperti rumah terbuka sebelumnya, tiada persembahan, lawatan berpandu, gerai atau trak makanan bagi mengelakkan kumpulan besar daripada berhimpun.

Bangunan utama juga tidak akan dibuka kepada umum manakala duta jarak selamat juga akan dikerahkan.

Bagi menguruskan jumlah pengunjung, mereka yang berminat mesti mendaftar untuk  mendapatkan tiket-tiket terlebih dahulu. Tiket percuma akan diperuntukkan berdasarkan tempoh waktu dua jam dengan lima slot mulai 9 pagi hingga 5 petang dan sistem dahulu didahulukan.

Pendaftaran untuk tiket bermula pada Khamis, 10.00 pagi.

Related posts

Leave a Comment