Kemboja tutup pasar dua minggu

PHNOM PENH 24 April – Kemboja menutup semua pasar di ibu kota Phnom Penh selama dua minggu mulai hari ini, Sabtu (24 April) bagi membendung lonjakan jangkitan Covid-19. Perintah berkurung dilaksanakan di Phnom Penh pada 15 April dan ibu negara itu juga mengisytiharkan beberapa daerah sebagai ‘zon merah’ dengan larangan keluar rumah dilaksanakan kecuali bagi alasan perubatan. Dalam satu perintah yang dikeluarkan pada lewat Jumaat, Dewan Bandaraya Phnom Penh menyatakan kesemua pasar akan ditutup hingga 7 Mei, sambil menyatakan mereka melihat jumlah kes jangkitan yang meningkat di pasar dan menggesa…

Read More

Penerima vaksin positif

SINGAPURA 24 April – Sudah menerima dua dos suntikan vaksin tetapi seorang lelaki penduduk tetap Singapura (PR) berusia 45 tahun masih didapati positif Covid-19. Eksekutif kanan di sebuah syarikat perkapalan itu menerima dos pertama vaksin Covid-19 pada 26 Februari dan dos kedua pada 19 Mac. Kedua-dua ibu bapanya tiba dari India pada 15 April. Bapa lelaki itu diuji positif bagi CAovid-19 menerusi ujian swab pada ketibaan dan dimasukkan ke hospital. Ibunya pula diletakkan di bawah kuarantin dari 16 hingga 30 April di sebuah kemudahan kuarantin kerana dikenal pasti sebagai kontak…

Read More

PKPD tiga lokaliti lanjut

KUALA LUMPUR 24 April  – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti, masing-masing melibatkan dua kawasan di Sabah dan satu di Sarawak yang dijadualkan berakhir esok, dilanjutkan hingga 9 Mei. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata dua lokaliti di Sabah melibatkan Bandar Sri Indah dan Kampung Titingan di daerah Tawau manakala di Sarawak, melibatkan Sungai Passin, Matu. Katanya, Kementerian Kesihatan melaporkan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk di Bandar Sri Indah dan Kampung Titingan. Begitu juga dalam kalangan penduduk di kawasan PKPD (di Sungai Passin) serta kes terakhir yang dilaporkan ialah…

Read More

10 kluster baharu, 12 tamat

PUTRAJAYA 24 April – Sepuluh kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan tujuh kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, dan satu kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, jumlah kluster setakat ini adalah 1,583 di mana 1,231 kluster tamat termasuk  12 kluster tamat pada hari ini . Jumlah kluster aktif pula adalah 352 dan 72 kluster merekodkan pertambahan kes baharu termasuk Kluster Kampung Domis (63 kes), Kluster Jalan Selirik (59 kes) dan Kluster Abak Bon (28 kes). KLUSTER JALAN ABDUL KARIM Kluster tempat…

Read More

Dijangkiti varian South African

PUTRAJAYA 24 April – Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti dan mengesahkan kewujudan empat lagi kes tempatan Covid-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351 menjadikan jumlah terkini adalah 21 kes. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah ini, tiga dilaporkan di daerah Kuala Langat, satu kes lagi merupakan kes pertama di luar Selangor iaitu yang disahkan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan. Beliau menjelaskan survelan genomik Covid-19 terus dijalankan dan telah melibatkan lebih banyak sampel dari negeri-negeri di seluruh negara. Dr Noor Hisham memaklumkan, ia susulan…

Read More

Tiga negeri lepasi 500 kes

PUTRAJAYA 24 April – Tiga negeri merekodkan lebih 500 kes jangkitan harian dengan didahului Selangor yang melaporkan kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 768 kes (28.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 567 kes (73.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 570 kes (21.0 peratus) dan Kelantan sebanyak 518 kes (19.1 peratus). Selangor: 768 kes  19 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Melor, Kluster Jalan Abdul Karim dan Jalan St Thomas;…

Read More

Masih kekal empat angka

PUTRAJAYA 24 April – Jumlah kes positif baharu Covid-19 kekal dengan empat iaitu 2,717 kes menjadikan jumlah keseluruhan 390,252 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada 2,717 kes baharu, 2,691 merupakan kes penularan tempatan manakala 26 lagi kes import dan jumlah kes aktif adalah 22,926 kes. Sebanyak 21 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Choh Dua (12 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (9 kes). Jumlah kes sembuh pula sebanyak 2,292 menjadikan jumlah…

Read More

Filipina catat 9,661 kes

MANILA 24 April – Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan 9,661 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 989,380 manakala kes aktif 89,485. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 22,877 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah kumulatif sembuh 883,221 atau 89.3 peratus. Sebanyak 145 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 16,674.

Read More

Lonjakan kes di Thailand

BANGKOK 24 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Thailand terus melonjak hari ini dengan merekodkan 2,839 kes berbanding 2,070 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 53,022 kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 129 apabila lapan orang lagi dilaporkan meninggal dunia. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) sebanyak 1,582 kes dilaporkan di Bangkok, manakala kematian pula melibatkan enam lelaki dan dua wanita. Daripada 2,839 kes baharu, 2,827 adalah kes jangkitan tempatan di mana 2,523 kes disahkan di hospital dan 304 melalui pengesanan kes aktif. Dua belas lagi adalah kes import iaitu lima…

Read More