Filipina catat 9,661 kes

MANILA 24 April – Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan 9,661 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 989,380 manakala kes aktif 89,485.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 22,877 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah kumulatif sembuh 883,221 atau 89.3 peratus.

Sebanyak 145 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 16,674.

Related posts

Leave a Comment