Dijangkiti varian South African

PUTRAJAYA 24 April – Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti dan mengesahkan kewujudan empat lagi kes tempatan Covid-19 yang dijangkiti varian South African B.1.351 menjadikan jumlah terkini adalah 21 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah ini, tiga dilaporkan di daerah Kuala Langat, satu kes lagi merupakan kes pertama di luar Selangor iaitu yang disahkan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Negeri Sembilan.

Beliau menjelaskan survelan genomik Covid-19 terus dijalankan dan telah melibatkan lebih banyak sampel dari negeri-negeri di seluruh negara.

Dr Noor Hisham memaklumkan, ia susulan daripada penemuan 17 kes varian South African B.1.351 yang telah dilaporkan kepada KKM dari bulan Januari sehingga Mac tahun ini.

Related posts

Leave a Comment