10 kluster baharu, 12 tamat

PUTRAJAYA 24 April – Sepuluh kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan tujuh kluster tempat kerja, dua kluster komuniti, dan satu kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, jumlah kluster setakat ini adalah 1,583 di mana 1,231 kluster tamat termasuk  12 kluster tamat pada hari ini .

Jumlah kluster aktif pula adalah 352 dan 72 kluster merekodkan pertambahan kes baharu termasuk Kluster Kampung Domis (63 kes), Kluster Jalan Selirik (59 kes) dan Kluster Abak Bon (28 kes).

  • KLUSTER JALAN ABDUL KARIM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 23 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Haji Abdul Karim 53, Klang. Sehingga 24 April , sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MELOR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-379970) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 April 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan  kakitangan sebuah syarikat yang terletak di Jalan Melor 2/5C, Taman Sri Serendah, Hulu Selangor. Sehingga 24 April , sejumlah 20 individu disaring, di mana tujuh kes dikesan positif.

  • KLUSTER LEBUH IPOH-LUMUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta dan Perak Tengah di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-374629) dilaporkan positif Covid-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat latihan yang terletak di Lebuhraya Ipoh, Lumut. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 37 individu disaring, di mana 17 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN DATOH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-378941) dilaporkan positif Covid-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat yang terletak di Jalan Datoh, Kampung Kuchai, Ipoh. Sehingga 24 April 2021, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TINGKAT MAK MANDIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-370060) dilaporkan positif Covid-19 pada 16 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Tingkat Mak Mandin 5, Butterworth. Sehingga 24 April, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER D’LAHAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-390191) dilaporkan positif Covid-19 pada 24 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat yang terletak di Taman D’Lahar, Kampung Raja, Besut. Sehingga 24 April, sejumlah 201 individu telah disaring, di mana 40 kes dikesan positif.

  • KLUSTER DESA MAWAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Rompin di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-381794) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat yang terletak di Desa Mawar 1, Muadzam Shah, Rompin. Sehingga 24 April , sejumlah 166 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KOLAM DUA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Larut, Matang, dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 381228) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Kolam 2, Kampung Expo, Kamunting. Sehingga 24 April, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

  • KLUSTER DAMBAI INANAM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Kuala Penyu, dan Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 373392) dilaporkan positif Covid-19 pada 18 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Kampung Dambai Inanam, Kota Kinabalu. Sehingga 24 April, sejumlah 377 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN ST THOMAS

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Kepong, Cheras, dan Titiwangsa, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; daerah Gombak, Hulu Langat, dan Petaling di Selangor, serta daerah Raub di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-379782) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan St Thomas, Kepong. Sehingga 24 April, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment