Masih kekal empat angka

PUTRAJAYA 24 April – Jumlah kes positif baharu Covid-19 kekal dengan empat iaitu 2,717 kes menjadikan jumlah keseluruhan 390,252 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada 2,717 kes baharu, 2,691 merupakan kes penularan tempatan manakala 26 lagi kes import dan jumlah kes aktif adalah 22,926 kes.

Sebanyak 21 kes (0.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Choh Dua (12 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (9 kes).

Jumlah kes sembuh pula sebanyak 2,292 menjadikan jumlah kumulatif sembuh adalah 365,900 kes.

Sebanyak 11 lagi kematian dicatatkan melibatkan 10 warganegara dan seorang bukan warganegara menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 1,426 kes.

Lima kes kematian di Sarawak, tiga kes di Selangor, dua kes di Sabah, dan satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jumlah kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 272 kes manakala 124 kes menerima alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment