Lonjakan kes di Thailand

BANGKOK 24 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Thailand terus melonjak hari ini dengan merekodkan 2,839 kes berbanding 2,070 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 53,022 kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 129 apabila lapan orang lagi dilaporkan meninggal dunia.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) sebanyak 1,582 kes dilaporkan di Bangkok, manakala kematian pula melibatkan enam lelaki dan dua wanita.

Daripada 2,839 kes baharu, 2,827 adalah kes jangkitan tempatan di mana 2,523 kes disahkan di hospital dan 304 melalui pengesanan kes aktif.

Dua belas lagi adalah kes import iaitu lima wanita warga Thai dan tujuh lelaki India melibatkan ketibaan dari India (7), Emiriyah Arab Bersatu (2), Bahrain (1), Oman (1) dan Amerika Syarikat (1).

Daripada 53,022 kes, 30,566 (57.6%) telah sembuh termasuk 377 yang keluar hospital semalam manakala 22,327 masih di hospital, di mana 418 kritikal dan 113 memerlukan alat bantuan pernafasan. .

Selain Bangkok, sembilan wilayah lain yang terkesan adalah Chiang Mai (151), Chon Buri (119), Nonthaburi (96), Samut Prakan (84), Pathum Thani (59), Samut Sakhon (57), Surat Thani (46), Nakhon Sawan (38) dan Songkhla (34).

Related posts

Leave a Comment