Tiga negeri lepasi 500 kes

PUTRAJAYA 24 April – Tiga negeri merekodkan lebih 500 kes jangkitan harian dengan didahului Selangor yang melaporkan kes baharu tertinggi iaitu sebanyak 768 kes (28.3 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 567 kes (73.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 570 kes (21.0 peratus) dan Kelantan sebanyak 518 kes (19.1 peratus).

  • Selangor: 768 kes 
    • 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Melor, Kluster Jalan Abdul Karim dan Jalan St Thomas;
    • 548 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 12 kes import dari luar negara; dan
    • 189 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 570 kes
    • 137 kes daripada kluster-kluster sedia ada,
    • 360 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 73 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 518 kes 
    • 149 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 277 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 92 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 240 kes  
    • 5 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan St. Thomas;
    • 116 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 13 kes import dari luar negara; dan
    • 106 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 134 kes 
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tingkat Mak Mandin;
    • 57 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 61 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 132 kes 
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Dambai Inanam;
    • 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 126 kes  
    • 67 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu kes import dari luar negara; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment