Kes di Arab Saudi meningkat

RIYADH 14 April – Arab Saudi masih merekodkan kes baharu Covid-19 melepasi 900 kes apabila merekodkan 929 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 401,157. Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, lapan lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 6,781. Sebanyak 806 kes juga dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 385,441 pulih. Sementara itu, Riyadh mencatatkan kes harian tertinggi apabila separuh daripada keseluruhan kes berada di pusat pentadbiran itu dengan merekodkan 433 diikuti Makkah 172 dan daerah Timur 130. Kes aktif pula 8,935…

Read More

Singapura catat 27 kes baharu

SINGAPURA 14 April  – Singapura melaporkan 27 kes baharu Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini yang melibatkan satu kes jangkitan dalam masyarakat sementara bakinya kes import. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), dalam kalangan kes baharu pada hari ini, 23 kes tidak bergejala dan dikesan melalui pemeriksaan dan pemantauan secara proaktif. Baki empat kes mengalami simptom jangkitan virus tersebut. Satu kes jangkitan dalam masyarakat pada hari ini adalah seorang lelaki warga Papua New Guinea berusia 44 tahun yang merupakan pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari Australia pada 25 Mac…

Read More

7 jajahan dikenakan PKP

KUALA LUMPUR 14 April – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh jajahan atau daerah di Kelantan bermula 16 hingga 29 April ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Keputusan itu dibuat berikutan berlaku peningkatan kes mendadak dan atas persetujuan kerajaan Kelantan. Tujuh daerah yang dikenakan PKP itu adalah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah. KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5 peratus di negeri itu dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 756 kes kepada 1,088 kes dan kesemua tujuh jajahan…

Read More

Lagi enam kluster tempat kerja

PUTRAJAYA 14 April – Tujuh kluster baharu direkodkan melibatkan enam kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti yang menjadikan jumlah kluster setakat ini 1,485. Bagaimanapun 1,144 kluster telah tamat termasuk 10 hari ini iaitu Kluster Jalan Senu, Kluster Jalan Lada Sulah, Kluster Tapak Bina Jalan U-Thant, Kluster Jalan Tasek Avenue, Kluster Pasar Bidor, Kluster Jalan Damai, Kluster Kompleks Perabut, Kluster Jalan Jelapang, Kluster DTI Persiaran Wawasan, dan Kluster Jalan Main Bazaar. Sebanyak 341 kluster masih aktif dan 72 merekodkan pertambahan kes termasuk yang tertinggi iaitu Kluster Tembok Sri Aman (76…

Read More

Selangor mendahului semula kes jangkitan

PUTRAJAYA 14 April – Selangor kembali mendahului kes jangkitan harian Covid-19 tertinggi dengan merekodkan 517 kes (27.4 peratus) berbanding 483 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 379 kes (73.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 489 kes (25.9 peratus) dan Kelantan sebanyak 226 kes (12.0 peratus). Selangor: 517 kes  80 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mohd Taib dan Kluster Jalan Sahadi; 299 kes daripada saringan kontak rapat kes…

Read More

Kes baharu meningkat

Status terkini COVID-19 setakat 14 April 2021 Jumlah kes sembuh baharu: 1,485 kes Jumlah kumulatif kes sembuh: 347,780 kes (95.1%) Jumlah kes baharu COVID-19: 1,889 kes Jumlah kumulatif: 365,829 kes Jumlah kes aktif: 16,696 kes Kes tempatan: 1,883 kes (1,689 WN, 194 BWN) Kes import: 6 kes (3 WN, 3 BWN) Jumlah kematian baharu: 8 kes (7 WN, 1 BWN) Jumlah kumulatif kematian: 1,353 kes (0.37 %) Jumlah kes di ICU: 204 kes Pesakit COVID-19 Intubated: 79 kes

Read More

Filipina tambah 8,122 kes

MANILA 14 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 8,122 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 892,880 dengan kes aktif 173,047. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 501 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 704,386 orang atau 78.9 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah kematian pula meningkat kepada 15,447 orang termasuk 162 orang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini. Sementara itu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengatakan bahawa beliau akan mengetepikan peluangnya untuk mendapatkan vaksin Covid-19, dengan alasan orang tua sepertinya tidak boleh diutamakan. “Sesiapa yang ingin mendapatkan slot saya,…

Read More

Thailand catat kes harian tertinggi

BANGKOK 14 April – Thailand hari ini merekodkan lonjakan kes harian tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara itu awal tahun lalu apabila mencatatkan 1,335 kes termasuk sembilan kes import. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 35,910 manakala jumlah kematian kekal 97 orang. Bangkok mencatatkan 351 kes diikuti Chiang Mai 319 dan Prachuap Khiri Khan 161. Kebanyakan kes berkait rapat dengan kluster kelab malam atau pusat hiburan. Berikutan gelombang baharu jangkitan Covid-19 itu berkait dengan pusat hiburan di Bangkok yang kini merebak ke…

Read More

Vaksin: Permintaan atasi bekalan

PUTRAJAYA 14 April – Bekalan vaksin dijangka lebih stabil dan mencukupi mulai bulan Jun tahun ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin. Katanya ketika itu beliau menjangkakan vaksinasi secara besar-besaran akan berjalan lancar. “Buat masa ini permintaan mengatasi bekalan. Berdasarkan graf, kita akan mempunyai cukup bekalan untuk mencapai sasaran 80 peratus penduduk sebelum akhir tahun ini. “Ini mengikut portfolio dan rancangan semasa yang kami umumkan pada bulan Februari,” katanya dalam satu kenyataan.. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata demikian susulan kebimbangan orang ramai berhubung Program Imunisasi…

Read More