Lagi enam kluster tempat kerja

PUTRAJAYA 14 April – Tujuh kluster baharu direkodkan melibatkan enam kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti yang menjadikan jumlah kluster setakat ini 1,485.

Bagaimanapun 1,144 kluster telah tamat termasuk 10 hari ini iaitu Kluster Jalan Senu, Kluster Jalan Lada Sulah, Kluster Tapak Bina Jalan U-Thant, Kluster Jalan Tasek Avenue, Kluster Pasar Bidor, Kluster Jalan Damai, Kluster Kompleks Perabut, Kluster Jalan Jelapang, Kluster DTI Persiaran Wawasan, dan Kluster Jalan Main Bazaar.

Sebanyak 341 kluster masih aktif dan 72 merekodkan pertambahan kes termasuk yang tertinggi iaitu Kluster Tembok Sri Aman (76 kes), Kluster Jalan Puncak Borneo (47 kes), dan Kluster Permatang Berangan (27 kes).

  • KLUSTER JALAN KHIDMAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Dua kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361255 dan kes ke-361256) dilaporkan positif Covid-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan di Jalan Khidmat, Kota Kinabalu. Sehingga 14 April, sejumlah 796 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BATU SEPULUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340921) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Batu 10, Apas, Tawau. Sehingga 14 April, sejumlah 50 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MOHD TAIB

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Selangor dan Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-353449) dilaporkan positif Covid-19 pada 7 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah gudang pasar raya di Jalan Mohd Taib, Kawasan Perindustrian Sungai Choh, Hulu Selangor. Sehingga 14 April, sejumlah 49 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SEMPILAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-360493) dilaporkan positif Covid-19 pada 11 April 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Sempilai, Permatang Pauh, Seberang Perai Tengah. Sehingga 14 April, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERMATANG BERANGAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 13 April 2021 hasil saringan bersasar kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Kampung Baru, Permatang Berangan, Sungai Petani. Sehingga 14 April, sejumlah 51 individu disaring, di mana 28 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN GAPAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359044) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Gapam Bemban, Melaka Tengah. Sehingga 14 April, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SAHADI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sepang, Klang, dan Kuala Selangor di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359487) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan di Jalan Sahadi, Kampung Sungai Pelek, Sepang pada 3 April 2021. Sehingga 14 April, sejumlah 59 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment