Filipina tambah 8,122 kes

MANILA 14 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 8,122 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 892,880 dengan kes aktif 173,047.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 501 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 704,386 orang atau 78.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 15,447 orang termasuk 162 orang yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Sementara itu, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengatakan bahawa beliau akan mengetepikan peluangnya untuk mendapatkan vaksin Covid-19, dengan alasan orang tua sepertinya tidak boleh diutamakan.

“Sesiapa yang ingin mendapatkan slot saya, saya akan memberikannya (kepada mereka),” katanya dalam satu rakaman ucapan yang dikeluarkan Isnin.

Ini berikutan peningkatan kes serta penawaran bekalan vaksinasi yang terhad.

Setakat ini lebih sejuta orang di Filipina telah menerima dos pertama mereka sejak awal bulan Mac – sebahagian kecil dari jumlah yang diperlukan oleh negara yang mempunyai kepadatan penduduk 110 juta.

Related posts

Leave a Comment