Selangor mendahului semula kes jangkitan

PUTRAJAYA 14 April – Selangor kembali mendahului kes jangkitan harian Covid-19 tertinggi dengan merekodkan 517 kes (27.4 peratus) berbanding 483 semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 379 kes (73.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 489 kes (25.9 peratus) dan Kelantan sebanyak 226 kes (12.0 peratus).

  • Selangor: 517 kes 
    • 80 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mohd Taib dan Kluster Jalan Sahadi;
    • 299 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 136 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 489 kes
    • 173 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 255 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 60 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 226 kes 
    • 58 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 120 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 48 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 142 kes 
    • 70 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Sepuluh dan Kluster Jalan Khidmat;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan Covid-19
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 134 kes  
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 75 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 52 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment