Kes di Arab Saudi hampir 900

RIYADH 10 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menghampiri 900 kes apabila merekodkan 878 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 397,636. Bagi tempoh yang sama, 10 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kumulatif 6,747 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 578 kes dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 382,776 orang manakala kes aktif pula 8,113 di mana 914 dalam keadaan kritikal.. Riyadh merekodkan 410 kes diikuti Makkah 149 dan daerah Timur 141 .

Read More

12,674 kes harian di Filipina

MANILA 10 April – Jabatan Kesihatan Filipina merekodkan 12,674 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 853,209 kes. Setakat pukul 4 petang juga jumlah kes sembuh meningkat kepada 648,220 orang atau 76.0 peratus termasuk 593 yang dilaporkan sembuh hari ini. Pada masa yang sama, 225 orang meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 14,744 orang atau 1.73 peratus. Bagi kes jumlah kematian yang tinggi, satu nota menyebut 49 kes yang sebelum ini ditag sebagai pemulihan dikelaskan semula sebagai kematian selepas pengesahan akhir.

Read More

PM Norway langgar SOP didenda

PERDANA Menteri Norway Erna Solberg didenda berikutan kegagalan beliau mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 pada Jumaat lalu. Beliau didenda 20,000 kroner (1,975 euros/$2,350).atas pelanggaran larangan mengadakan perhimpunan melebihi 10 orang. Bulan lalu beliau menganjurkan pertemuan keluarga bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-60 bersama 13 ahli keluarga di sebuah resort gunung . Erna Solberg memohon maaf atas kesilapannya itu kerana kerajaan telah melarang mengadakan perhimpunnan melebihi dari 10 orang, Menurut polis, sebagai perdana menteri beliau merupakan orang penting dan berada di barisan hadapan dalam tugas pemerintahan yang sewajarnya mematuhi undang-undang.…

Read More

Peningkatan kes di Thailand

BANGKOK 10 April – Thailand terus mencatatkan peningkatan kes apabila merekodkan 789 kes baharu Covid-19 dengan satu lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes 31,658 dan 97 kematian. Daripada 789 kes baharu itu, 781 adalah kes tempatan manakala kematian pula melibatkan lelaki Thai berusia 60 tahun di Nakhon Pathom yang juga mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi. Menurut Jabatan Kawalan Penyakit, kes baharu yang direkodkan termasuklah 185 di Bangkok, Chiang Mai (168), Chon Buri (101), Samut Prakan (75), Prachuap Khiri Khan (40), Narathiwat (18), Nakhon Pathom (15), Sa Kaeo (11)…

Read More

PH sedia kerjasama dengan syarat…

KUALA LUMPUR 10 April – Pakatan Harapan (PH) sedia berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan prinsip dan agenda reformasi demi kepentingan rakyat tanpa melibatkan kleptokrat. Majlis Presiden PH mengambil pendekatan “Khemah Besar” bagi menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa mengira pegangan politik mereka bagi memulihkan demokrasi negara. Dalam satu kenyataan hari ini, PH menyatakan perkara itu diputuskan dalam pemukiman PH selama dua hari yang berakhir pada Jumaat. “Kami akan terus gigih berusaha menjuarai aspirasi rakyat dengan mengambil pendekatan ‘khemah besar’ untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira pegangan…

Read More

Lahad Datu dikenakan PKP

KUALA LUMPUR 10 April – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Lahad Datu, Sabah berkuatkuasa 11 sehingga 24 April 2021, kata Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob. Katanya, sehingga kini, KKM mengesahkan sebanyak 103 kes positif direkodkan dalam tempoh 14 hari di daerah terbabit selain terdapat 49 sampel ujian saringan masih menunggu keputusan. Selain itu, KKM memaklumkan berlaku peningkatan mendadak kes postif harian dengan kadar kebolehjangkitan adalah tinggi. Ismail Sabri juga memberitahu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di sembilan Rumah Panjang Sungai Duan, Bahagian Mukah, Sarawak, bermula…

Read More

Mengeteh juga punca penularan kes

KUALA TERENGGANU 10 April – Daerah Besut bertukar menjadi zon merah hari ini apabila merekodkan pertambahan 24 kes positif Covid-19 bagi Kluster Belaoh menjadikan jumlah keseluruhan 49 kes direkodkan kluster itu. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata kluster yang bermula di Kampung Bela Oh di Besut itu berpunca daripada rutin penduduk yang suka ‘mengeteh’ di kedai-kedai kopi selepas selesai menunaikan solat di masjid dan surau tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. “Sekelip mata daerah Besut bertukar (status) merah. Bayangkan jika kita tidak laksanakan PKPD (Perintah…

Read More

Tujuh lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 10 April – Jumlah kluster meningkat kepada 1,442 berikutan tambahan tujuh lagi kluster hari ini yang melibatkan empat kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti. Daripada jumlah itu, 1,100 telah tamat termasuk 13 kluster hari ini menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 342. Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Tempua, Kluster Jalan Pelepas Dua, Kluster Teknologi Tenggara, Kluster Parit Penyengat Darat, Kluster Sri Jelutung, Kluster Kampung Columbia, Kluster Jalan Payamanis, Kluster Jalan Cheras, Kluster Jalan Duyong, Kluster Lorong Kilang, Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud, Kluster Jalan Bukit Kemuning,…

Read More

Selangor kembali mendahului

PUTRAJAYA 10 April – Selangor kembali mendahului catatan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 415 kes (27.5 peratus) berbanding semalam 403 kes di kedudukan kedua selepas Sarawak. Daripada jumlah ini, sebanyak 326 kes (78.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 296 kes (19.6 peratus) dan Kelantan sebanyak 171 kes (11.3 peratus). Selangor: 415 kes  31 kes daripada kluster-kluster, termasuk 8 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Kelanang dan Kluster Industri Jalan Kebun; 295 kes daripada saringan…

Read More

1,510 kes harian, lapan kematian

PUTRAJAYA 10 April – Sebanyak 1,510 kes positif baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu menjadikan jumlah kumulatif 359,117 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah kes harian itu, lima adalah kes import melibatkan seorang warganegara dan empat bukan warganegara manakala kes tempatan melibatkan 1,340 warganegara dan 165 bukan warganegara. Sebanyak 34 kes (2.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (13 kes), Kluster Tembok Tapah (11 kes), Kluster Depot Imigresen…

Read More