12,674 kes harian di Filipina

MANILA 10 April – Jabatan Kesihatan Filipina merekodkan 12,674 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 853,209 kes.

Setakat pukul 4 petang juga jumlah kes sembuh meningkat kepada 648,220 orang atau 76.0 peratus termasuk 593 yang dilaporkan sembuh hari ini.

Pada masa yang sama, 225 orang meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 14,744 orang atau 1.73 peratus.

Bagi kes jumlah kematian yang tinggi, satu nota menyebut 49 kes yang sebelum ini ditag sebagai pemulihan dikelaskan semula sebagai kematian selepas pengesahan akhir.

Related posts

Leave a Comment