PM Norway langgar SOP didenda

PERDANA Menteri Norway Erna Solberg didenda berikutan kegagalan beliau mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 pada Jumaat lalu.

Beliau didenda 20,000 kroner (1,975 euros/$2,350).atas pelanggaran larangan mengadakan perhimpunan melebihi 10 orang.

Bulan lalu beliau menganjurkan pertemuan keluarga bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-60 bersama 13 ahli keluarga di sebuah resort gunung .

Erna Solberg memohon maaf atas kesilapannya itu kerana kerajaan telah melarang mengadakan perhimpunnan melebihi dari 10 orang,

Menurut polis, sebagai perdana menteri beliau merupakan orang penting dan berada di barisan hadapan dalam tugas pemerintahan yang sewajarnya mematuhi undang-undang.

“Walaupun undang-undang adalah sama untuk semua, semua tidak sama di depan undang-undang.

“Oleh itu, adalah tepat untuk mengeluarkan denda bagi menegakkan kepercayaan masyarakat umum terhadap peraturan mengenai larangan sosial,” kata polis.

Jelas polis Solberg dan suaminya, Sindre Finnes, membuat keputusan bersama untuk mengadakan perayaan dan memilih restoran itu.

Solberg, yang menghadapi pemilihan parlimen pada bulan September, telah memperjuangkan peraturan ketat untuk mengekang penyebaran Covid-19, yang mengakibatkan beberapa angka jangkitan dan kematian terendah di Eropah.

Related posts

Leave a Comment