Peningkatan kes di Thailand

BANGKOK 10 April – Thailand terus mencatatkan peningkatan kes apabila merekodkan 789 kes baharu Covid-19 dengan satu lagi kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes 31,658 dan 97 kematian.

Daripada 789 kes baharu itu, 781 adalah kes tempatan manakala kematian pula melibatkan lelaki Thai berusia 60 tahun di Nakhon Pathom yang juga mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Menurut Jabatan Kawalan Penyakit, kes baharu yang direkodkan termasuklah

185 di Bangkok, Chiang Mai (168), Chon Buri (101), Samut Prakan (75), Prachuap Khiri Khan (40), Narathiwat (18), Nakhon Pathom (15), Sa Kaeo (11) dan Pathum Thani (11), Rayong (10), Songkhla (10), Nakhon Ratchasima (10) dan Chiang Rai (10) sementara kes lain dilaporkan di 46 wilayah lain.

Terdapat lapan kes import yang dikuarantin selepas ketibaan dari Rusia (3) dan masing-masing satu kes dari United Kingdom, Amerika Syarikat , Oman, India dan Kanada  (1).

Secara keseluruhan, sebanyak 28,161 (88.95%) dilaporkan pulih termasuk  33 pesakit yang pulih hari ini.

Related posts

Leave a Comment