Tujuh lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 10 April – Jumlah kluster meningkat kepada 1,442 berikutan tambahan tujuh lagi kluster hari ini yang melibatkan empat kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti.

Daripada jumlah itu, 1,100 telah tamat termasuk 13 kluster hari ini menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 342.

Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Tempua, Kluster Jalan Pelepas Dua, Kluster Teknologi Tenggara, Kluster Parit Penyengat Darat, Kluster Sri Jelutung, Kluster Kampung Columbia, Kluster Jalan Payamanis, Kluster Jalan Cheras, Kluster Jalan Duyong, Kluster Lorong Kilang, Kluster Tapak Bina Jalan Zamrud, Kluster Jalan Bukit Kemuning, dan Kluster Tapak Bina Jalan Pantai.

Sebanyak 67 kluster menunjukkan pertambahan kes hari ini dan antara yang tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (63 kes), Kluster Sungai Gemuan (26 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (25 kes).

  • KLUSTER SUNGAI KLUANG SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 4 April hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang 1, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 9 April 2021, sejumlah 1,769 individu telah disaring, di mana 79 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN ISMAIL SULTAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342354) dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pasaraya yang terletak di Jalan Ismail Sultan, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 9 April 2021, sejumlah 138 individu telah disaring, di mana 36 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BATU LIMA JALAN SIBUGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sandakan, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344746) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar dan kakitangan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Batu 5, Jalan Sibuga, Sandakan. Sehingga 9 April 2021, sejumlah 144 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAMAN BUKIT PANTAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur dan daerah Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-353602) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar di sebuah pusat pendidikan yang terletak di Taman Bukit Pantai, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 9 April 2021, sejumlah 74 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SUNGAI GEMUAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-341572) dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah komuniti di Sungai Gemuan, Meradong. Sehingga 9 April 2021, sejumlah 260 individu telah disaring, di mana 39 kes dikesan positif.

  • KLUSTER DISSO

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Saratok di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345065) dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Disso, Saratok. Sehingga 9 April 2021, sejumlah 208 individu telah disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SIM-SIM

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-351343) dilaporkan positif COVID-19 pada 5 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah komuniti di Jalan Buli Sim Sim, Sandakan. Sehingga 9 April 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment