Selangor kembali mendahului

PUTRAJAYA 10 April – Selangor kembali mendahului catatan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 415 kes (27.5 peratus) berbanding semalam 403 kes di kedudukan kedua selepas Sarawak.

Daripada jumlah ini, sebanyak 326 kes (78.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 296 kes (19.6 peratus) dan Kelantan sebanyak 171 kes (11.3 peratus).

  • Selangor: 415 kes 
    • 31 kes daripada kluster-kluster, termasuk 8 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Kelanang dan Kluster Industri Jalan Kebun;
    • 295 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 86 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 296 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk 3 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kapitan dan Kluster Pujut Satu;
    • 189 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 81 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 171 kes 
    • 24 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bandar Baru Kubang Kerian;
    • 108 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 39 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 131 kes 
    • 46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 57 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 106 kes  
    • 8 kes daripada kluster-kluster, termasuk 7 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tun Ismail;
    • 54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 101 kes 
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 45 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment