Kes positif 1.52 juta di Indonesia

JAKARTA 3 April – Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 1,527,524 dengan pertambahan kes baharu hari ini sebanyak 4,345. Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 5,197 lagi pesakit dilaporkan pulih menjadikan jumlah kumulatif 1,366,214. Pesakit yang meninggal dunia pula mencecah 41,242 orang selepas 91 lagi kematian direkodkan hari ini. Kes aktif pula kini 120,068. Lima provinsi merekodkan angka positif tertinggi iaitu Jakarta 1,098 kes dan kumulatifnya masih tertinggi mencapai 385,730 kes, Banten 910 (40,424),  Jawa Barat 360 (252,207), Jawa Tengah 274 (169,993) serta Jawa Timur 230 (140,331). Sementara…

Read More

17 kes import, 1 tempatan di Singapura

SINGAPURA 3 April – Lapan belas kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di Singapura hari ini melibatkan 17 kes import dan satu kes tempatan menjadikan jumlah keseluruhan 60,468 kes. Kes dalam masyarakat melibatkan seorang pembantu rumah warga Myanmar berusia 24 tahun merupakan kenalan rapat seorang lagi pembantu rumah Myanmar yang diuji positif minggu lalu. Daripada 17 kes import hari ini, tiga melibatkan penduduk tetap yang pulang dari Brazil, India dan Ivory Coast. Tujuh adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India, Indonesia dan Filipina, termasuk dua adalah pekerja pembantu rumah migran.…

Read More

Permit umrah palsu dipantau

JEDDAH 3 April – Arab Saudi sedang memantau kes pemalsuan permit umrah atau mereka yang cuba memasuki Masjidilharam tanpa permit yang sah, kata Timbalan Menteri Haji dan Umrah Dr. Abdel Fattah Suleiman Mashat. Arab News melaporkan, Dr. Abdel Fattah turut mengingatkan orang ramai agar hanya menggunakan aplikasi telefon bijak Eatamarna, bagi mendapatkan tasreh atau permit sah untuk umrah dan solat fardhu di Masjidilharam. Permit-permit tersebut tambah beliau diluluskan pihak berkuasa Saudi mengikut tempoh waktu yang tetap, bagi mengawal kesesakan dan penularan Covid-19 di Masjidilharam. Dr. Abdel Fattah turut menggalakkan para…

Read More

Arab Saudi catat 684 kes baharu

RIYADH 3 April – Selepas merekodkan 728 kes jangkitan harian semalam, jumlah kes positif Covid-19 di Arab Saudi hari ini turun  kepada 684 menjadikan jumlah keseluruhan 392,009 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, enam kematian dilaporkan dan ini membawa kepada 6,690 kematian. Sebanyak 439 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini menjadikan 379,312 pesakit telah sembuh manakala kes aktif pula 6,007 di mana 761 dalam keadaan kritikal. Sementara itu, Riyadh terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 320 kes diikuti Makkah 131 dan daerah Timur 98 kes.

Read More

84 kes, 1 kematian di Thailand

BANGKOK 3 April – Satu lagi kematian direkodkan dan 84 kes baharu direkodkan yang melibatkan 69 kes tempatan dan 15 import – menjadikan jumlah keseluruhan 95 kematian dan 29,031 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kes kematian melibatkan seorang wanita Thailand berusia 29 tahun yang meninggal pada hari Khamis. Mangsa yang mempunyai masalah jantung dan Down Syndrome tinggal bersama ibu bapanya yang sebelum ini disahkan kes mereka di Bangkok. Pada 21 Mac, dia mengalami batuk, demam, dan kesukaran bernafas. Dia menjalani ujian Covid-19 dan hasilnya kembali negatif. Menjelang Khamis, keadaannya…

Read More

12,576 kes baharu Filipina

MANILA 3 April – Filipina sekali lagi merekodkan kes baharu Covid-19 yang tinggi apabila mencatatkan 12,576 kes menjadikan jumlah keseluruhan 784,043 dengan kes aktif sebanyak 165,715. Bagaimanapun kenaikan mendadak itu berlaku berikutan proses penyesuaian data Pihak Berkuasa Statistik Filipina (PSA) dan Unit Pengawasan Epidemiologi (ESU). Menurut Jabatan Kesihatan, setakat pukul 4 petang, hari ini, sebanyak 599 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 604,905 kes. Sebanyak 103 kematian direkodkan dan ini menjadikan jumlah kumulatif meninggal dunia adalah 13,423.

Read More

Tujuh kluster baharu

PUTRAJAYA 3 April – Tujuh kluster baharu direkodkan hari ini yang melibatkan empat kluster komuniti dan tiga kluster tempat kerja yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,395 kluster. Bagaimanapun 1,038 kluster telah tamat termasuk 13 hari ini menjadikan kluster aktif adalah sebanyak 357. Sebanyak 58 kluster menunjukkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini termasuk Kluster Jalan Pelabuhan (486 kes), Kluster Kampung Binyu (61 kes), dan Kluster Bukit Serdang (19 kes). Kluster baharu adalah: KLUSTER KAMPUNG BINYU Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching, Bintulu, Samarahan, dan Simunjan di Sarawak. Tiga (3) kes…

Read More

Perak dahului kes harian

PUTRAJAYA 3 April –  Perak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 494 kes (30.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 486 kes (98.4 peratus) adalah daripada Kluster Jalan Pelabuhan.Kluster tempat kerja ini diumumkan pada 20 Februari . Kes indeks dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja yang terletak di Jalan Pelabuhan Utama, Manjung yang didiami oleh pekerja-pekerja dari beberapa buah kilang. Pada 30 Mac 2021, sembilan kes positif baharu dilaporkan melibatkan pekerja-pekerja kilang dan kontak rapat mereka. Susulan itu,…

Read More

Jumlah kes catat peningkatan

PUTRAJAYA 3 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1,638 kes baharu berbanding  1,294 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 349,610 kes. Sebanyak 1,449 kes sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada 333,892 kes (95.5%) daripada keseluruhan kes dengan kes aktif 14,432. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah, kes tempatan adalah 1,631 kes (950 warga negara dan 681 bukan warganegara manakala tujuh kes import melibatkan tiga warganegara dan empat bukan warganegara. Jumlah kematian pula tiga kes menjadikan jumlah kumulatif 1,286 manakala 167 kes ditempatkan di unit…

Read More

Pendekkan tempoh darurat

KUALA LUMPUR 3 April – Pendekkan tempoh darurat. Itu tuntutan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan demokrasi negara berjalan lebih baik, Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi membolehkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bersidang dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. “Kita menuntut darurat yang sudah diproklamasikan dipendekkan. Kita mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong, tetapi atas nama demokrasi, kita harus melihat kesan dan momokan negara luar terhadap sistem demokrasi dan darurat di Malaysia. “Kita memahami bahawa tujuan untuk mengisytiharkan darurat biarpun di atas kertas mahu melihat supaya Covid-19…

Read More