Tujuh kluster baharu

PUTRAJAYA 3 April – Tujuh kluster baharu direkodkan hari ini yang melibatkan empat kluster komuniti dan tiga kluster tempat kerja yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,395 kluster.

Bagaimanapun 1,038 kluster telah tamat termasuk 13 hari ini menjadikan kluster aktif adalah sebanyak 357.

Sebanyak 58 kluster menunjukkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini termasuk Kluster Jalan Pelabuhan (486 kes), Kluster Kampung Binyu (61 kes), dan Kluster Bukit Serdang (19 kes).

Kluster baharu adalah:

  • KLUSTER KAMPUNG BINYU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching, Bintulu, Samarahan, dan Simunjan di Sarawak. Tiga (3) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343644, kes ke-343646 dan kes ke-343648) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis perkahwinan yang berlangsung pada 21 Mac 2021 di Kampung Binyu, Kuching. Sehingga 3 April, sejumlah 231 individu telah disaring, di mana68 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MERDEKA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339857) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Merdeka, Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Sehingga 3 April , sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SIMPANG TIGA MEROTAI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kalabakan dan Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-340922) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan penduduk-penduduk di Kampung Simpang Tiga Merotai, Kalabakan. Sehingga 3 April 2021, sejumlah 36 individu telah disaring, di mana10 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KENANGA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342825) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Kenanga, Taman Paya Rumput, Masjid Tanah, Alor Gajah. Sehingga 3 April , sejumlah 176 individu disaring, di mana 11 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BANDAR SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 2 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Perindustrian Puchong, Petaling. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja kilang tersebut yang terletak Jalan Bandar 9, Puchong. Sehingga 3 April, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TEKNOLOGI PERAMU JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan dan Pekan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-344012) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Peramu Jaya, Pekan. Sehingga 3 April, sejumlah 94 individu telah disaring, di mana 36  kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KUBOTA SENTRAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di Sabah.Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343322) dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di sebuah pusat perniagaan yang terletak di Jalan Kubota Sentral, Tawau. Sehingga 3 April, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment