Arab Saudi catat 684 kes baharu

RIYADH 3 April – Selepas merekodkan 728 kes jangkitan harian semalam, jumlah kes positif Covid-19 di Arab Saudi hari ini turun  kepada 684 menjadikan jumlah keseluruhan 392,009 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, enam kematian dilaporkan dan ini membawa kepada 6,690 kematian.

Sebanyak 439 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini menjadikan

379,312 pesakit telah sembuh manakala kes aktif pula 6,007 di mana 761 dalam keadaan kritikal.

Sementara itu, Riyadh terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 320 kes diikuti Makkah 131 dan daerah Timur 98 kes.

Related posts

Leave a Comment