12,576 kes baharu Filipina

MANILA 3 April – Filipina sekali lagi merekodkan kes baharu Covid-19 yang tinggi apabila mencatatkan 12,576 kes menjadikan jumlah keseluruhan 784,043 dengan kes aktif sebanyak 165,715.

Bagaimanapun kenaikan mendadak itu berlaku berikutan proses penyesuaian data Pihak Berkuasa Statistik Filipina (PSA) dan Unit Pengawasan Epidemiologi (ESU).

Menurut Jabatan Kesihatan, setakat pukul 4 petang, hari ini, sebanyak 599 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 604,905 kes.

Sebanyak 103 kematian direkodkan dan ini menjadikan jumlah kumulatif meninggal dunia adalah 13,423.

Related posts

Leave a Comment