Kes positif 1.52 juta di Indonesia

JAKARTA 3 April – Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 1,527,524 dengan pertambahan kes baharu hari ini sebanyak 4,345.

Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 5,197 lagi pesakit dilaporkan pulih menjadikan jumlah kumulatif 1,366,214.

Pesakit yang meninggal dunia pula mencecah 41,242 orang selepas 91 lagi kematian direkodkan hari ini.

Kes aktif pula kini 120,068.

Lima provinsi merekodkan angka positif tertinggi iaitu Jakarta 1,098 kes dan kumulatifnya masih tertinggi mencapai 385,730 kes, Banten 910 (40,424),  Jawa Barat 360 (252,207), Jawa Tengah 274 (169,993) serta Jawa Timur 230 (140,331).

Sementara itu, Banten merekodkan 1,553 kes sembuh  diikuti Jakarta 1,283,

Jawa Barat 389, Jawa Timur 253 dan Yogyakarta 231 orang.

Lima provinsi dengan angka kematian tertinggi harian adalah Jawa Timur yang menambah 18 kes dan kumulatifnya 9,992, Banten 15 kes, Kalimantan Timur 10 kes, Yogyakarta tujuh kes dan Jakarta lima kes.

Bagi program vaksinasi Covid-19 pula, jumlah penerimanya melebihi 8 juta orang atau lebih tepat 8,533,422 berikutan tambahan penerima vaksin harian sebanyak 114.833 orang manakala penerima vaksinasi kedua meningkat menjadi 3,951,869

Related posts

Leave a Comment