Arab Saudi catat 221 kes

RIYADH 21 Nov. – Arab Saudi sekali lagi merekodkan jumlah kes harian terendah iaitu 221 kes, dalam tempoh hampir lapan bulan selepas pandemik Covid-19 dilaporkan.

Semalam, Arab Saudi merekodkan 286 kes, angka yang dianggap terendah selepas 290 kes direkodkan pada 18 November lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan pertambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 355,034.

Jumlah kematian pula sama seperti semalam iaitu 16 kes menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia kini sebanyak 5,761.

Kementerian juga merekodkan 478 kes sembuh yang membawa kepada 342,882 pesakit pulih atau 96.58 peratus daripada  keseluruhan kes.

Kes aktif pula 6,391 di mana 796 kritikal.

Daripada 221 kes baharu, Riyadh merekodkan 63 kes diikuti Madinah 22 dan Makkah, Jeddah dan Jubail masing-masing mencatatkan 12 kes.

Related posts

Leave a Comment